Wednesday, August 25, 2010

SISTEM PELUPUSAN SAMPAH YANG SISTEMATIK

        Media-media massa sering memaparkan dan menyiarkan isu-isu tentang sampah. Berdasarkan statistik, lebih kurang 15 juta tan sampah yang dihasilkan di Selangor setiap hari. Daripada statistik ini, tidak dapat dibayangkan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari di seluruh negara serta di seluruh dunia. Umumnya, sistem pelupusan merupakan satu sistem yang digunakan serta diaplikasikan dalam melupuskan sampah. Sistem pelupusan sering dikaitkan dengan cara pelupusan sampah. Oleh itu, sistem pelupusan sampah amat penting bukan sahaja untuk memastikan kehidupan manusia semata-mata tetapi juga hidupan yang lain.


        Sistem pelupusan sampah yang sistematik amat penting untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Penyediaan sistem pelupusan yang sistematik membolehkan kualiti alam sekitar dapat dipelihara dan dikekalkan. Pada masa yang sama, alam sekitar juga akan dapat dikekalkan dan dipelihara. Hal ini kerana, pencemaran udara akan dapat dikawal manakala bau-bau yang kurang menyenangkan akibat daripada pereputan dan penguraian sampah dan sisa khususnya yang boleh diuraikan oleh organisma hidup.

       Selain itu akan dapat mengelakkan pembaziran. Pembaziran akan dapat dikurangkan kerana kos untuk pembersihan dan penyelenggaraan kawasan yang diliputi oleh sampah akan dapat dikurangkan. Dalam erti kata lain ialah akan dapat mengurangkan kos sumber manusia khususnya oleh pihak yang terbabit seperti pihak berkuasa tempatan(PBT). Selain itu, masyarakat juga akan memperolehi pendapatan sampingan melalui penggunaan atau mengitar semula barangan yang sudah tidak boleh digunakan seperti tin aluminium, botol kaca, surat khabar lama dan sebagainya.

      Di samping itu akan dapat mengurangkan mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit. Banyak penyakit yang semakin menjangkiti dan menyerang manusia tanpa mengenal umur. Misalnya malaria, aedes dan demam denggi kini yang semakin menjadi-jadi di negara ini sehingga membawa kematian individu. Oleh itu, penyediaan sistem pelupusan yang sistematik akan dapat mengurangkan bahkan akan dapat mengatasi masalah ini dengan lebih efektif. Penggunaan sistem pelupusan yang lama akan menyebabkan kawasan tersebut akan menjadi sarang pembiakan bagi agen-agen kepada penyakit tersebut.

      Langkah memperkasa sistem ini ialah dengan menyediakan sistem pelupusan samaph yang tertutup. Sampah sarap dan bahan buangan akan dibakar di dalam suatu tempat yang tertutup seperti bangunan tertutup. Asap akan dapat dikawal daripada terbebas keluar dari bangunan tersebut. Hal ini membolehkan pencemaran alam sekitar akan dapat dikawal. Walaupun kos penyediaan dan penyelenggaraan ini agak mahal tetapi langkah dan cara ini akan memberikan impak yang positif dalam jangka masa yang panjang.

       Seterusnya melalui kempen kitar semula. Kitar semula atau “recycle” banyak diaplikasikan terutamanya di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura. Langkah ini banyak mendatangkan kebaikan kepada sesebuah negara khususnya. Misalnya akan dapat mengurangkan kos pembelian bahan-bahan input dalam penghasilan sesuatu produk. Selain itu, kitar semula kertas pula membolehkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas baru akan dapat dikurangkan. Seterusnya, kualiti alam sekitar juga akan dapat dikekalkan.

       Kesimpulannya, sistem pelupusan yang sistematik amat mustahak disediakan kini. Hal ini penting dalam mengurangkan pencemaran yang kini semakin membimbangkan. Di samping itu langkah ini juga akan dapat memastikan kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan sejahtera di samping dapat memastikan kehidupan makhluk lain juga turut terpelihara .



ALBERT KUTORO(205434)

No comments:

Post a Comment