Wednesday, August 18, 2010

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi merupakan salah satu daripada pencemaran alam.Pencemaran bunyi tidak memberi kesan kepada penghuni alam dan ekosistem di dunia tetapi akan memberi kesan kepada kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.Bunyi bising yang melampau boleh menyebabkan manusia mengalami masalah kesihatan seperti pekak atau kurang pendengaran.Pencemaran bunyi yang melebihi 80 desible(dB) boleh mengakibatkan seseorang menjadi pekak.Sebagai contoh bunyi kuari yang sedang memecahkan batu,aktiviti ini akan mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar kawasan kuari.Walaubagaimanapun,pencemaran bunyi kurang mendapat perhatian dari masyarakat.Ini kerana sifat pencemaran bunyi yang tidak dapat dilihat dan kesannya kurang berbahaya berbanding pencemaran lain.Pencemaran bunyi juga biasanya akan lenyap dalam jangka masa yang singkat.Akan tetapi,pencemaran bunyi ini boleh mendatangkan kesan kepada individu yang selalu  terdedah dengan bunyi bising yang melampau.Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ini.
Punca pencemaran bunyi.
Punca utama berlakunya masalah pencemaran bunyi disebabkan oleh pengangkutan,perindustrian dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.Kebisingan yang terhasil daripada pengangkutan biasanya berlaku di kawasan bandaraya,kawasan lapangan terbang dan kawasan landasan keretapi.Kesibukan kawasan bandaraya menyebabkan kerendaan tidak putus-putus berada di jalan raya dan akhirnaya menyebabkan kesesakan lalulintas dan terhasillah bunyi bising dari hon kerendaan yang tersekat didalam kesesakan lalu lintas.Kebisingan kapal terbang biasanya berlaku dalam komuniti yang tinggal di kawasan yang berhampiran dengan kawasan lapangan terbang.Manakala masalah kebisingan keretapi biasanya berlaku di dalamkomuniti yang tinggal di luar bandar yang berhampiran dengan landasan keretapi.Kebisingan yang terhasil akibat dari aktiviti manusia juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi.Kebisingan ini juga berpunca dari radio,muzik karaoke,pembesar suara dan sebagainya.Binatang peliharaan juga boleh menjadi punca berlakunya bunyi bising.Ini biasanya berlaku di kawasan perumahan berkepadatan tinggi.Antara punca lain yang terhasil dari aktiviti manusia ialah siren kecemasan,penggera kereta dan banyak lagi.Selain aktiviti manusia dan pengangkutan,operasi industri  juga boleh menjadi penyebab berlakunya bunyi bising.Kebisingan dari mesin dan peralatan dari industri juga boleh terhasilnya bunyi bising yang mengganggu penduduk disekelilingnya.Operasi pembinaan biasanya bersifat sementara tetapi memakan masa berbulan-bulan.Contohnya penanaman cerucuk yang mengeluarkan bunyi yang bising
Kesan pencemaran bunyi.
Kebisingan dikenalpasti boleh member kesan negative kepada kesihatan manusia.Individu yang terdedah dengan bunyi bising setiap hari akan cenderung mengalami masalah pendengaran seperti pekak.Bunyi bising yang tidak diingini juga boleh mengubah tingkah laku seseorang individu.Individu yang terdedah dengan bunyi bising akan rasa rimas dan akan mengalami tekanan perasaan.Kebisingan juga boleh mengganggu proses komunikasi seseorang.Mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas dan kemungkinan akan berlaku salah faham maksud sesuatu mesej yang disampaikan.Sebagai contoh,seseorang sedang bebual dikawasan tapak pembinaan yang sedang beroperasi,kemungkinan mesej yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas.Kebisingan juga memberi ganguan kepada habiliti manusia termasuklah mengalami gangguan perasaan,gangguan tidur dan gangguan terhadap pekerjaan.Setiap individu mempunyi sifat dan tahap penerimaan yang berbeza terhadap bunyi bising yang berlaku disekeliling mereka.Kebisingan juga memberi impak kepada tahap kecekapan individu untuk melakukan kerja mereka.Kerja yang memerlukan daya kretiviti,kepantasan dan percakapan mudah terganggu dengan bunyi bising.Individu memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk menyelesaikan kerja mereka tetapi dengan adanya gangguan bunyi bising akan mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan dalam kerja mereka.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran bunyi.
Langkah untuk mengawal pencemaran bunyi ini kurang dan sukar kerana bunyi memberi makna dan perkaitan dalam kehidupan.Bunyi yang keterlaluan akan mengganggu komuniti yang tinggal berhampiran.Oleh itu,kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian yang jauh dari kawasan perumahan bagi mengelakkan gangguan bunyi bising kepada penduduk.Dalam erti kata lain,zon pencemaran bunyi hanya berlaku dikawasan itu sahaja.Pengusaha kilang juga diwajibkan memasang alat penghadang bunyi supaya pekerja tidak terdedah dengan bunyi bising yang melampau semasa bekerja.Masyarakat juga perlu bersama-sama membantu mengurangkan pencemaran bunyi dengan memperlahankan suara radio,muzik karaoke dan bunyi kereta yang sudah diubahsuai.Masyarakat juga boleh mengawal pencemaran bunyi dengan mengamalkan pengkongsian kereta untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mengakibatkan berlakunya pencemaran bunyi yang terhasil dari hon kerendaan.Tabiat ini secara tidak langsung mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas.Masyarakat perlu menyokong dan mempraktikkan tabiat ini.Penggunaan alatan dan jentera yang canggih juga membantu mengurangkan pencemaran bunyi berbanding jentera dan alatan lama.Penggunaan jentera yang lebih canggih membantu mempercepatkan proses pembinaan sesuatu projek.Penanaman cerucuk dan pengerudian dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.Projek perumahan biasanya memakan masa yang lama,diharapkan penggunaan jentera yang lebih canggih dapat mengurangkan pencemaran bunyi walaupun memakan belanja yang tinggi.

Degan ini,dapat kita lihat penyebab serta kesan yang akan berlaku sekiranya pencemaran bunyi tidak diatasi dengan segera.Walaupun pencemaran bunyi tidak mengakibatkan kematian tetapi menberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.Oleh itu,semua masyarakat perlu berkerjasama untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ini untuk memastikan malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni tanpa gangguan bunyi bising yang menganggu ketentraman awam.

SITI NUR HAZIRAH BINYI HOLIL(205255)


No comments:

Post a Comment