Wednesday, August 25, 2010

RUMAH HIJAU

     Rumah hijau ialah satu bangunan yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal.Apabila tumbuh-tumbuhan dan tanah yang terdapat di dalam bangunan ini menjadi panas maka tenaga yang masuk terperangkap di dalamnya menyebabkan ia tidak dapat keluar bebas daripada rumah hijau ini.Bangunan ini juga boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan.Antaranya ialah dalam industri asa tani dimana ia dibina dengan saiz yang lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan moden.

     Kesan rumah hijau pula boleh disebabkan oleh dua factor sama ada berpunca daripada secara semula jadi atau buatan manusia.Apabila letusan gunung berapi berlaku,maka gas-gas sulfur dan karbon akan terbebas ke udara.Selain itu kesan rumah hijau juga berlaku akibat pembakaran hutan yang disebabkan oleh petir.Faktor buatan manusia pula berpunca daripada pembebasan bahan pencemar ke udara.Ini termasuklah asap daripada kenderaan kereta dan juga kilang-kilang selain daripada pembakaran terbuka.Pembebasan CFC juga menyumbang kepada kesan rumah hijau yang membawa kepada pemanasan global yang juga berpunca daripada penggunaan penyembur aerosol.

     Kesan rumah hijau ini akan menyebabkan pelbagai kejadian kemusnahan alam yang boleh meragut nyawa ataupun harta benda seperti tanah runtuh,banjir kilat dan ribut taufan.Selain itu keadaan fenomena-fenomena alam yang lain seperti pemanasan global dan penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada kesan rumah hijau.Apa yang lebih membimbangkan disini ialah akan berlaku pencairan kedua-dua kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut akan meningkat seterusnya memberi petanda yang tidak baik kepada penduduk bumi dimana segala bencana boleh berlaku.

     Bagi mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah dengan melalui penjimatan tenaga.Hal ini boleh dilakukan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Misalnya penggunaan pengangkutan awam yang lebih kerap dapat mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau.Antara kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar selain daripada pokok-pokok.Ini kerana bahan bakar seperti pokok-pokok banyak digunakan di dalam industri perindustrian.Apabila penebangan pokok dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perindustrian maka karbon dioksida tidak lagi dapat diserap sekaligus pembebasan oksigen tidak dapat berlaku.Tambahan pula pokok-pokok ini melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.

     Terdapat beberapa jenis karbon dan gas-gas yang boleh terlibat dalam proses kesan rumah hijau ini yang dipanggil gas rumah hijau (Greenhouse Gases(GHGs).Antaranya ialah karbon dioksida (CO2).Karbon ini dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil,sisa pepejal,dan pokok-pokok.Metana (CH4) pula dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang,gas asli dan minyak mentah.Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian.Selain itu Nitrus Oksida (NO2)dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal.Gas yang terakhir ialah Gas Fluorin.Gas Fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs,HCFCs dan Halon.

     Konklukasinya,kesan rumah hijau boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semula jadi ataupun secara sengaja oleh manusia.Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan yang buruk seperti penipisan ozon yang mengakibatkan pemanasan global yang mendadak dan sebagainya yang boleh memudaratkan kehidupan bumi.



                                                                                               FEDDARLY DANIEL (205614)..,,

No comments:

Post a Comment