Saturday, August 14, 2010

PENIPISAN LAPISAN OZON

 
        Lapisan ozon didefinisikan sebagai lapisan berada di atmosfer pada ketinggian 19 - 48 km di atas permukaan bumi yang mengandungi molekul-molekul ozon. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.Konsentrasi ozon di lapisan ini mencapai 10 ppm dan terbentuk akibat pengaruh sinar ultraviolet matahari terhadap molekul-molekul oksigen. Peristiwa ini telah terjadi sejak berjuta-juta tahun yang lalu, tetapi campuran molekul-molekul nitrogen yang muncul di atmosfer menjaga konsentrasi ozon relatif stabil.Selain itu,lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

        Lapisan ozon akan menjadi semakin nipis sekiranya tindakan awal tidak diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Penipisan lapisan ozon boleh disebabkan oleh beberapa faktor.Salah satu faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah aktiviti yang dilakukan oleh manusia.Aktiviti manusia seperti pembakaran sampah-sarap yang menghasilkan gas nitrogen dioksida,penggunaan peti sejuk,penggunaan pendingin udara dan lain-lain akan melepaskan gas klorofluorokarbon(CFC) secara tidak terkawal ke atas permukaan bumi. Apabila gas CFC dilepas ke atmosfer, zat yang mengandungi klorin ini akan dipecah oleh sinar matahari yang menyebabkan klorin dapat bereaksi dan menghancurkan molekul-molekul ozon. Setiap satu molekul CFC mampu menghancurkan hingga 100,000 molekul ozon.Selain itu,aktiviti pembalakan yang beterusan juga menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara sehinggalah menyebabkan penipisan lapisan ozon.

          Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri.Oleh itu,bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa.Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

           Penipisan lapisan ozon akan menimbulkan banyak masalah terhadap golongan masyarakat dan juga bumi.Antara salah satu masalah ialah bertambahnya sinaran ultra ungu ke permukaan bumi.Pertambahan sinaran ultra ungu akan meningkatkan suhu bumi serta membawa penyakit seperti kanser kulit kepada masyarakat iaitu kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan.Selain itu,penipisan lapisan ozon juga membawa kesan terhadap hidupan akuatik. Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultra ungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.Dengan itu,species ikan akan semakin terpupus dari masa ke masa sekiranya masalah ini tidak dapat dibendungkan.

       Masalah ini agak serius terhadap bumi dan masyarakat.Oleh itu,pihak-pihak haruslah mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini supayanya tidak menjadi semakin serius.Langkah yang pertama ialah mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita haruslah menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Kita boleh menumpang kenderaan kawan atau jiran sekiranya ingin pergi ke destinasi yang sama seperti sekolah,tempat kerja dan lain-lain lagi.Dengan itu,bilangan kenderaan akan dapat dikurangkan dan seterusnya gas karbon dioksida juga dapat dikurangkan dengan semata-matanya.

      Bukan itu saja,pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah di sekolah untuk menerangkan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap kita.Melalui ceramah,pelajar-pelajar akan dapat memahami apakah aktiviti yang mereka lakukan dapat mendorong kepada penipisan lapisan ozon dan selepas itu pelajar akan sedar supaya tidak lagi membuat demikian pada masa yang akan datang.Dengan itu pelajar-pelajar juga akan menghalang ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang boleh menipiskan lapisan ozon seperti aktiviti pembakaran.

      Kesimpulannya,penipisan lapisan ozon akan mendatangkan banyak keburukan kepada semua masyarakat dan bumi.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini seperti kata pepatah“sediakan payung sebelum hujan”kerana “bumi mana yang tidak ditimpa hujan”.Kita mestilah menangani masalah ini terlebih dahulu sebelumnya menjadi lebih serius sehingganya tidak dapat dipulih semula.
                                                                                                              
                                                                                     KONG WEI TECK(205373)

No comments:

Post a Comment