Monday, August 16, 2010

TANAH RUNTUH

Tanah runtuh merupakan satu fenomena geologi berkaitan pergerakan dan gelongsoran tanah disebabkan olehkelemahan dan kelonggaran struktur-struktur tanah disebabkan oleh graviti. Daripada tinjauan yang dibuat,kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan yang dieksploitasi untuk aktiviti pembangunan seperti pembinaan bangunan,pembukaan kawasan pertanian baru,jalan raya,dan aktiviti pembalakan.Kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku semasa dan selepas hujan lebat di kawasan cerun atau lereng bukit yang curam.Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Malaysia. Kawasan yang berisiko di kawasan tanah runtuh menjadi kawasan yang berisiko meragut nyawa penduduk tempatan.

Faktor Kejadian Tanah Runtuh
Antara faktor yang menjadi penyumbang utama kepada tanah runtuh ialah aktiviti manusia melalui penyahutanan.Penebangan hutan secara besar-besaran untuk pembangunan menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan musnah. Pembalakan menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan fungsi sebagai pengukuh struktur tanah.Akar tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencengkam yang menggenggam tanah untuk mengukuhkan struktur tanah.Penebangan hutan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh.
Selain itu,terdapat juga faktor semulajadi yang menjadi punca kepada tanah runtuh. Komposisi dan kandungan mineral sesuatu tanah turut mempengaruhi struktur tanah.Sekiranya tanah itu terdiri daripada mineral batu kapur,tanah itu akan mudah bertindakbalas dengan air.Tindakbalas ini menyebabkan tanah menjadi rapuh,mempunyai struktur tanah yang longgar,dan menjurus kepada kejadian tanah runtuh.
Faktor hujan secara semulajadi turut mempengaruhi punca berlaku kejadian tanah runtuh.terdapat dua jenis hujan iaitu hujan yang lebat dalam jangkamasa yang pendek dan hujan renyai dalam jangka masa yang panjang.ketika hujan turun dengan lebat dalam jangkamasa yang singkat,kadar serapan air hujan ke dalam tanah adalah minimum.Tanah yang terdedah kepada air hujan akan menjadi tepu dengan air yang mengalir khusus di lereng cerun bukit.Hal ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia seperti kerosakan harta benda,tempat tinggal,dan juga nyawa.Oleh itu, langkah yang sesuai haruslah dilaksanakan bagi mengelakkan kesan buruk ini berlaku.

Langkah Penyelesaian
Bagi pelaksanaan pembangunan khususnya di kawasan tanah tinggi, pemaju memerlukan penilaian daripada Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA). Melalui penilaian ini,pemaju haruslah menjalankan projek pembangunan berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh EIA seperti kadar had pemotongan cerun dan sebagainya.Pemantaun oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab juga harus dilaksanakan sama ada agensi awam atau swasta.
Bagi memastikan pihak pemaju mematuhi sistem penilaian ini,denda dan tindakan seperti saman dan penarikan lesen beroperasi seharusnya dilaksanakan sekiranya terdapat pihak pemaju yang tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh EIA.
Bagi cerun yang berisiko menjadi tempat berlakunya tanah runtuh,pelaksanaan langkah strategik harus dilakukan.Antaranya ialah penyimenan cerun bukit,penggunaan sungkupan plastik,tutupan jaring besi,dan penggunaan sangkar yang berisi batu bagi pengukuhan cerun.
Di peringkat pendidikan pula,kesedaran dalam kepentingan penjagaan alam sekitar dapat dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah atau pengajian tinggi.Para pelajar harus didedahkan dalam silibus pelajaran melalui subjek seperti kajian tempatan,dan geografi fizikal yang memberikan didikan tentang alam.
Sebagai tambahan,pihak kerajaan seharusnya mengaplikasikan teknologi dalam menangani tanah runtuh.Kerajaan hendaklah mencari cara baru pemantauan kejadian tanah runtuh berdasarkan teknologi deriaan jarak jauh dan pengimejan satelit yang dapat memberi petunjuk awal kepada kejadian tersebut.

Dengan adanya agensi dan undang-undang atau akta yang mengawal pembangunan tanah di kawasan tanah tinggi, kejadian tanah runtuh dapat dikurangkan.Selain itu,ilmu juga amat penting bagi memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan tentang kepentingan menjaga alam sekitar di sebalik menjalankan pembangunan.


206700...zarif

1 comment:

  1. Casino 2021 - JTM Hub
    Welcome 하남 출장마사지 to the Casino Vegas Review 2021! 안성 출장샵 We're giving the Casino Vegas our Free Bonus, which is for everyone. All you 하남 출장샵 need to 양주 출장안마 know about it 군포 출장안마 here.

    ReplyDelete