Wednesday, August 25, 2010

SISTEM PELUPUSAN SAMPAH YANG SISTEMATIK

        Media-media massa sering memaparkan dan menyiarkan isu-isu tentang sampah. Berdasarkan statistik, lebih kurang 15 juta tan sampah yang dihasilkan di Selangor setiap hari. Daripada statistik ini, tidak dapat dibayangkan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari di seluruh negara serta di seluruh dunia. Umumnya, sistem pelupusan merupakan satu sistem yang digunakan serta diaplikasikan dalam melupuskan sampah. Sistem pelupusan sering dikaitkan dengan cara pelupusan sampah. Oleh itu, sistem pelupusan sampah amat penting bukan sahaja untuk memastikan kehidupan manusia semata-mata tetapi juga hidupan yang lain.


        Sistem pelupusan sampah yang sistematik amat penting untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Penyediaan sistem pelupusan yang sistematik membolehkan kualiti alam sekitar dapat dipelihara dan dikekalkan. Pada masa yang sama, alam sekitar juga akan dapat dikekalkan dan dipelihara. Hal ini kerana, pencemaran udara akan dapat dikawal manakala bau-bau yang kurang menyenangkan akibat daripada pereputan dan penguraian sampah dan sisa khususnya yang boleh diuraikan oleh organisma hidup.

       Selain itu akan dapat mengelakkan pembaziran. Pembaziran akan dapat dikurangkan kerana kos untuk pembersihan dan penyelenggaraan kawasan yang diliputi oleh sampah akan dapat dikurangkan. Dalam erti kata lain ialah akan dapat mengurangkan kos sumber manusia khususnya oleh pihak yang terbabit seperti pihak berkuasa tempatan(PBT). Selain itu, masyarakat juga akan memperolehi pendapatan sampingan melalui penggunaan atau mengitar semula barangan yang sudah tidak boleh digunakan seperti tin aluminium, botol kaca, surat khabar lama dan sebagainya.

      Di samping itu akan dapat mengurangkan mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit. Banyak penyakit yang semakin menjangkiti dan menyerang manusia tanpa mengenal umur. Misalnya malaria, aedes dan demam denggi kini yang semakin menjadi-jadi di negara ini sehingga membawa kematian individu. Oleh itu, penyediaan sistem pelupusan yang sistematik akan dapat mengurangkan bahkan akan dapat mengatasi masalah ini dengan lebih efektif. Penggunaan sistem pelupusan yang lama akan menyebabkan kawasan tersebut akan menjadi sarang pembiakan bagi agen-agen kepada penyakit tersebut.

      Langkah memperkasa sistem ini ialah dengan menyediakan sistem pelupusan samaph yang tertutup. Sampah sarap dan bahan buangan akan dibakar di dalam suatu tempat yang tertutup seperti bangunan tertutup. Asap akan dapat dikawal daripada terbebas keluar dari bangunan tersebut. Hal ini membolehkan pencemaran alam sekitar akan dapat dikawal. Walaupun kos penyediaan dan penyelenggaraan ini agak mahal tetapi langkah dan cara ini akan memberikan impak yang positif dalam jangka masa yang panjang.

       Seterusnya melalui kempen kitar semula. Kitar semula atau “recycle” banyak diaplikasikan terutamanya di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura. Langkah ini banyak mendatangkan kebaikan kepada sesebuah negara khususnya. Misalnya akan dapat mengurangkan kos pembelian bahan-bahan input dalam penghasilan sesuatu produk. Selain itu, kitar semula kertas pula membolehkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas baru akan dapat dikurangkan. Seterusnya, kualiti alam sekitar juga akan dapat dikekalkan.

       Kesimpulannya, sistem pelupusan yang sistematik amat mustahak disediakan kini. Hal ini penting dalam mengurangkan pencemaran yang kini semakin membimbangkan. Di samping itu langkah ini juga akan dapat memastikan kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan sejahtera di samping dapat memastikan kehidupan makhluk lain juga turut terpelihara .



ALBERT KUTORO(205434)

PENCEMARAN UDARA

             Pencemaran udara bukanlah masalah yang asing lagi bagi seluruh negara.Ia merupakan masalah pencemaran alam sekitar yang begitu serius sejak kebelakangan ini.Pencemaran udara memberi maksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon(CFC),bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
            Pencemaran udara berpunca salah satu darinya ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.Hal ini kerana,asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor menyebabkan ruang udara akan tercemar.Peningkatan operasi kilang juga menyumbang kepada pencemaran udara.Operasi kilang seperti kilang simen,kuari yang berterusan tanpa pantauan akan membawa kepada  pencemaran.Ia berpunca daripada kerakusan pengusaha kilang-kilang yang beroperasi melebihi waktu yang oleh agensi terbabit.
        
   Selain itu,pembakaran terbuka juga punca pencemaran udara.Penerokaan dan pembakaran hutan oleh orang zaman dahulu untuk tujuan pertanian dan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.Pembakaran sampah-sarap sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan pencemaran udara.Bayangkan setiap penghuni rumah melakukan pembakaran sampah secara terbuka pada satu masa,tentulah ia akan menyebabkan pencemaran.,Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.
             Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,Ini kerana lapisan ozon merupakan pelindung kepada sinaran matahari dari terus sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit.Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.Maka berlakulah bencana alam  yang amat dasyat seperti banjir.Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh
 pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.Jerebu akan  mengakibatkan penglihatan manusia menjadi kabur.Hal ini menyebabkan berlakunya  kemalangan jalan raya.
               Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.Kesan utama pencemaran udara kepada kesihatan manusia adalah kesukaran sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida yang bebas di udara akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah serta melambatkan tindak balas manusia dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru sebagai alat pernafasan manusia.Selain itu,bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru- paru dan keupayaan bergerak.Habuk,asap,kabus,wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
                Di samping itu,pencemaran udara juga memberi kesan terhadap kehidupan flora dan fauna di sekeliling kita.Hujan asid akan mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna ini. Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Ia juga boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur untuk digunakan sebagai tanah pertanian.
                  Sebagai kesimpulannya,pencemaran udara memberi banyak kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu,kita sebagai manusia perlu menghargai alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran yang boleh merosakkan sistem kehidupan kita seharian dan untuk menjamin keselesaan kita mahupun penduduk bumi.


ABDUL IZZI (205271)

RUMAH HIJAU

     Rumah hijau ialah satu bangunan yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal.Apabila tumbuh-tumbuhan dan tanah yang terdapat di dalam bangunan ini menjadi panas maka tenaga yang masuk terperangkap di dalamnya menyebabkan ia tidak dapat keluar bebas daripada rumah hijau ini.Bangunan ini juga boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan.Antaranya ialah dalam industri asa tani dimana ia dibina dengan saiz yang lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan moden.

     Kesan rumah hijau pula boleh disebabkan oleh dua factor sama ada berpunca daripada secara semula jadi atau buatan manusia.Apabila letusan gunung berapi berlaku,maka gas-gas sulfur dan karbon akan terbebas ke udara.Selain itu kesan rumah hijau juga berlaku akibat pembakaran hutan yang disebabkan oleh petir.Faktor buatan manusia pula berpunca daripada pembebasan bahan pencemar ke udara.Ini termasuklah asap daripada kenderaan kereta dan juga kilang-kilang selain daripada pembakaran terbuka.Pembebasan CFC juga menyumbang kepada kesan rumah hijau yang membawa kepada pemanasan global yang juga berpunca daripada penggunaan penyembur aerosol.

     Kesan rumah hijau ini akan menyebabkan pelbagai kejadian kemusnahan alam yang boleh meragut nyawa ataupun harta benda seperti tanah runtuh,banjir kilat dan ribut taufan.Selain itu keadaan fenomena-fenomena alam yang lain seperti pemanasan global dan penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada kesan rumah hijau.Apa yang lebih membimbangkan disini ialah akan berlaku pencairan kedua-dua kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut akan meningkat seterusnya memberi petanda yang tidak baik kepada penduduk bumi dimana segala bencana boleh berlaku.

     Bagi mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah dengan melalui penjimatan tenaga.Hal ini boleh dilakukan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Misalnya penggunaan pengangkutan awam yang lebih kerap dapat mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau.Antara kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar selain daripada pokok-pokok.Ini kerana bahan bakar seperti pokok-pokok banyak digunakan di dalam industri perindustrian.Apabila penebangan pokok dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perindustrian maka karbon dioksida tidak lagi dapat diserap sekaligus pembebasan oksigen tidak dapat berlaku.Tambahan pula pokok-pokok ini melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.

     Terdapat beberapa jenis karbon dan gas-gas yang boleh terlibat dalam proses kesan rumah hijau ini yang dipanggil gas rumah hijau (Greenhouse Gases(GHGs).Antaranya ialah karbon dioksida (CO2).Karbon ini dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil,sisa pepejal,dan pokok-pokok.Metana (CH4) pula dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang,gas asli dan minyak mentah.Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian.Selain itu Nitrus Oksida (NO2)dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal.Gas yang terakhir ialah Gas Fluorin.Gas Fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs,HCFCs dan Halon.

     Konklukasinya,kesan rumah hijau boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semula jadi ataupun secara sengaja oleh manusia.Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan yang buruk seperti penipisan ozon yang mengakibatkan pemanasan global yang mendadak dan sebagainya yang boleh memudaratkan kehidupan bumi.



                                                                                               FEDDARLY DANIEL (205614)..,,

Tuesday, August 24, 2010

PENCEMARAN AIR

Air merupakan asas keperluan asas manusia dalam kehidupan harian. Ia juga merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Namun, air di sekeliling semakin hari semakin tercemar. Pencemaran air berlaku di mana-mana tempat sahaja. Pencemaran air telah membawa banyak kesan negatif kepada manusia.


Punca utama pencemaran air berlaku adalah pembuangan bahan-bahan kumah ke dalam sungai. Pihak individu yang tidak berhemah suka membuangkan sampah, minyak, dan najlis ke dalam sungai. Selain daripada pihak individu, sisa buangan kilang seperti sisa toksid juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlakuan ini sering dijalankan oleh kilang-kilang kerana ini dianggap kaedah pelupusan yang tidak memerlukan kos. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Selain itu, penerokan juga merupakan salah satu punca pencemaran air. Aktiviti penerokan menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan mengalir ke dalam sungai dan air akan menjadi lebih keruh. Ini akan menyebabkan paras air sungai semakin cetek dan seterusnya mengakibatkan banjir berlaku.

Pencemaran air telah membawa kesan negative kepada manusia. Antaranya adalah hidupan akuatik akan pupus. Air yang tercemar akan menyebabkan kehidupan akuatik seperti ikan dan undang mati. Bukan sahaja hidupan air akan pupus malahan pelbagai jenis burung atau unggus yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam. Ini akan menjejaskan rantaian makanan di dunia kita.

Di samping itu, pencemaran air juga akan menjejaskan kesihatan manusia. Pengambilan air yang mempunyai bahan kimia akan membahayakan kesihatan manusia. Sesetengah bahan pencemaran akan menyebabkan barah. Selepas contoh, sodium boleh memberi kesan kepada masalah jantung.

Untuk menggelakkan pencemaran tidak menjadi lebih teruk pelbagai langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran dapat dikurangkan. Antara yang telah diambil oleh kerajaan adalah penganjuran kempen kesedaran melalui media. Pelbagai kempen kesedaran telah dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya memberi perhatian dalam masalah ini. Melalui kempen ini dapat menyebarkan maklumat tentang kepentingan sumber air kepada masyarakat supaya mereka dapat mengubahkan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikir kesannya.

Sebagai kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang perlu ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak harus berkerjsama untuk menangani masalah ini. Air merupakan sumber makanan yang penting kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.


                                                                                                              
                                                                                                                   CHAN MEEI YI ( 205378)

TSUNAMI

Istilah tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Perkataan tsunami datang daripada perkataan Jepun yang pada mulanya diguna pakai oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasn pengkalan kapal. Tsunami adalah ombak-ombak yang mempunyai ciri pergerakan pantas,ombak yang tinggi dan jarak ombak panjang.



Dalam lautan,tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh keluasan lautan yang lain. Walaubagaimanapun,tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kuang menuju ke darat. Tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam dengan tenaganya yang agak konsisten dan agar sukar kelihatan di laut.Oleh itu tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.



Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat di pantai Indonesia tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak tsunami boleh mencapai lebih 100 kilometer. Keadaan ini menjelaskan tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga sejam kemudiannya. Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu terbunuh dalam ombak yang pertama. Walaubagaimanapun, lebih ramai yang terkorban apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama di mana ramai orang berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup selepas satu jam.



Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami ialah tidal wave. Yang membawa maksud kekencangan tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.

Menurut Oceanographers istilah penggunaan tidal wave adalah tidak tepat kerana tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut. Menurutnya turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan. Tsunami merupakan satu fenomena yang jarang yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak raksasa.

 
 
 
 
 
 
 
                                                                                                               CHEW LEE TENG 205456

Saturday, August 21, 2010

PENCEMARAN TANAH


        Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Menurut Akta Kualiti Alam sekitar 1974, pencemaran adalah sebarang bentuk pencemaran yang berlaku sama ada secara langung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, dan biologi dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga memberi kesan negatif terhadap manusia, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran tanah bermaksud sesuatu bahan yang telah mengakibatkan sesuatu tanah atau kawasan mengalami perubahan warna, kesuburan dan mengalami hakisan. Pencemaran tanah berlaku disebabkan bahan buangan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Jika sesuatu kawasan atau tanah telah kehilangan kesuburan, tanah tersebut akan bertukar warna menjadi kehitaman manakala, tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan pula menjadi layu.
         Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran tanah disesuatu tempat atau kawasan. Salah satu punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan daripada industri seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa dari kilang. Bahan-bahan buangan ini menyebabkan tanah hilang kesuburan. Sikap pemilik kilang yang umpama “penyagak alam sekitar” telah menyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Sampah sarap yang dibuang dimerata-rata tempat seperti surat khabar, bahan plastic dan bahan kaca turut menyumbang ke arah pencemaran ini. Pembuangan sampah seperti bahan plastik mengeluarkan bahan kimia yang akan sebati di dalam tanah. Bahan seperti plastik dan kaca merupakan bahan yang mengambil masa berjuta tahun untuk lupus. Pengguna racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan punca pencemaran tanah. Hal ini demikian kerana, semburan racun serangga akan menyerap ke dalam tanah dan akan menyebabkan pencemaran tanah. Aktiviti pembangunan yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan pokok memburukkan lagi pencemaran tanah sehingga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
           Kesan buruk yang akan berlaku disebabkan pencemaran tanah ialah tanah tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia dari bahan buangan akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Selain itu, senjata nuklear yang diuji oleh negara-negara barat turut mengancam kualiti tanah dunia. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan tanah tidak subur malah, tanah turut menyimpan bahan radioaktif  yang mampu membunuh manusia secara perlahan. Di samping itu, pembuangan sampah dimerata-rata tempat turut mengundang kedatangan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti tikus atau lalat. Secara tidak langsung, serangga dan haiwan pembawa penyakit boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti penyakit taun. Pencemaran tanah turut memberi impak ke atas aktiviti harian manusia. Jika terdapat banyak tempat yang telah dicemari, manusia mungkin tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan alam ini lagi.
          Langkah-langkah mengatasi pencemaran ini perlu dilakukan bagi memelihara alam sekitar. Beberapa langkah untuk mengatasi pencemaran tanah ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu sentiasa membuat pemantauan agar kegiatan mencemar tanah dapat dikawal. Selain itu, masalah pencemaran tanah dapat diatasi dengan menggunakan teknologi moden. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti bahan plastik dan bahan kaca dapat dikitar semula untuk dijadikan sesuatu barang yang berfaedah. Bahan buangan pertanian pula boleh diubah atau dikitar kepada bahan yang berguna. Sebagai contoh, hampas kelapa sawit boleh diproses untuk dijadikan metana. Selain itu, pendidikan alam sekitar merupakan cara terbaik utuk memupuk kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
          Kesimpulannya, masalah pencemaran tanah berpunca dari perbuatan manusia. Oleh itu, masalah ini memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengatasinya agar dapat memelihara alam sekitar.


NUR DIYANA HASINAH BINTI SAHROM  (205260)

PEMANASAN BUMI









bumi tanggungjawab kita!!
        Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.


                                                                          
               Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.


          Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.



kasihanikah kita pada makhluk selain daripada kita?


       Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.

               


              Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.




dapatkah kita membendung gejala ini?

                  Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.



              Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil langkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur” barulah kita mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah”, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.



JADI APA USAHA KITA ?renung-renungkan..........dan selamat beramal..  (n_n)"


UMAR FARID ...(207299)