Media-media massa sering memaparkan dan menyiarkan isu-isu tentang sampah. Berdasarkan statistik, lebih kurang 15 juta tan sampah yang dihasilkan di Selangor setiap hari. Daripada statistik ini, tidak dapat dibayangkan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari di seluruh negara serta di seluruh dunia. Umumnya, sistem pelupusan merupakan satu sistem yang digunakan serta diaplikasikan dalam melupuskan sampah. Sistem pelupusan sering dikaitkan dengan cara pelupusan sampah. Oleh itu, sistem pelupusan sampah amat penting bukan sahaja untuk memastikan kehidupan manusia semata-mata tetapi juga hidupan yang lain.
Sistem pelupusan sampah yang sistematik amat penting untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar. Penyediaan sistem pelupusan yang sistematik membolehkan kualiti alam sekitar dapat dipelihara dan dikekalkan. Pada masa yang sama, alam sekitar juga akan dapat dikekalkan dan dipelihara. Hal ini kerana, pencemaran udara akan dapat dikawal manakala bau-bau yang kurang menyenangkan akibat daripada pereputan dan penguraian sampah dan sisa khususnya yang boleh diuraikan oleh organisma hidup.
Selain itu akan dapat mengelakkan pembaziran. Pembaziran akan dapat dikurangkan kerana kos untuk pembersihan dan penyelenggaraan kawasan yang diliputi oleh sampah akan dapat dikurangkan. Dalam erti kata lain ialah akan dapat mengurangkan kos sumber manusia khususnya oleh pihak yang terbabit seperti pihak berkuasa tempatan(PBT). Selain itu, masyarakat juga akan memperolehi pendapatan sampingan melalui penggunaan atau mengitar semula barangan yang sudah tidak boleh digunakan seperti tin aluminium, botol kaca, surat khabar lama dan sebagainya.
Di samping itu akan dapat mengurangkan mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit. Banyak penyakit yang semakin menjangkiti dan menyerang manusia tanpa mengenal umur. Misalnya malaria, aedes dan demam denggi kini yang semakin menjadi-jadi di negara ini sehingga membawa kematian individu. Oleh itu, penyediaan sistem pelupusan yang sistematik akan dapat mengurangkan bahkan akan dapat mengatasi masalah ini dengan lebih efektif. Penggunaan sistem pelupusan yang lama akan menyebabkan kawasan tersebut akan menjadi sarang pembiakan bagi agen-agen kepada penyakit tersebut.
Langkah memperkasa sistem ini ialah dengan menyediakan sistem pelupusan samaph yang tertutup. Sampah sarap dan bahan buangan akan dibakar di dalam suatu tempat yang tertutup seperti bangunan tertutup. Asap akan dapat dikawal daripada terbebas keluar dari bangunan tersebut. Hal ini membolehkan pencemaran alam sekitar akan dapat dikawal. Walaupun kos penyediaan dan penyelenggaraan ini agak mahal tetapi langkah dan cara ini akan memberikan impak yang positif dalam jangka masa yang panjang.
Seterusnya melalui kempen kitar semula. Kitar semula atau “recycle” banyak diaplikasikan terutamanya di negara-negara maju seperti United Kingdom, Jepun dan Singapura. Langkah ini banyak mendatangkan kebaikan kepada sesebuah negara khususnya. Misalnya akan dapat mengurangkan kos pembelian bahan-bahan input dalam penghasilan sesuatu produk. Selain itu, kitar semula kertas pula membolehkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas baru akan dapat dikurangkan. Seterusnya, kualiti alam sekitar juga akan dapat dikekalkan.
Kesimpulannya, sistem pelupusan yang sistematik amat mustahak disediakan kini. Hal ini penting dalam mengurangkan pencemaran yang kini semakin membimbangkan. Di samping itu langkah ini juga akan dapat memastikan kehidupan manusia yang lebih berkualiti dan sejahtera di samping dapat memastikan kehidupan makhluk lain juga turut terpelihara .
ALBERT KUTORO(205434)
Wednesday, August 25, 2010
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara bukanlah masalah yang asing lagi bagi seluruh negara.Ia merupakan masalah pencemaran alam sekitar yang begitu serius sejak kebelakangan ini.Pencemaran udara memberi maksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon(CFC),bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca salah satu darinya ialah pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.Hal ini kerana,asap yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan bermotor menyebabkan ruang udara akan tercemar.Peningkatan operasi kilang juga menyumbang kepada pencemaran udara.Operasi kilang seperti kilang simen,kuari yang berterusan tanpa pantauan akan membawa kepada pencemaran.Ia berpunca daripada kerakusan pengusaha kilang-kilang yang beroperasi melebihi waktu yang oleh agensi terbabit.
Selain itu,pembakaran terbuka juga punca pencemaran udara.Penerokaan dan pembakaran hutan oleh orang zaman dahulu untuk tujuan pertanian dan penempatan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.Pembakaran sampah-sarap sekitar kawasan perumahan juga menyebabkan pencemaran udara.Bayangkan setiap penghuni rumah melakukan pembakaran sampah secara terbuka pada satu masa,tentulah ia akan menyebabkan pencemaran.,Mereka mengambil jalan mudah untuk melupuskan sampah tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi.
Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon,Ini kerana lapisan ozon merupakan pelindung kepada sinaran matahari dari terus sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit.Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.Maka berlakulah bencana alam yang amat dasyat seperti banjir.Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh
pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.Jerebu akan mengakibatkan penglihatan manusia menjadi kabur.Hal ini menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.Kesan utama pencemaran udara kepada kesihatan manusia adalah kesukaran sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida yang bebas di udara akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah serta melambatkan tindak balas manusia dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru sebagai alat pernafasan manusia.Selain itu,bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru- paru dan keupayaan bergerak.Habuk,asap,kabus,wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Di samping itu,pencemaran udara juga memberi kesan terhadap kehidupan flora dan fauna di sekeliling kita.Hujan asid akan mengakibatkan kemusnahan flora dan fauna ini. Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Ia juga boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur untuk digunakan sebagai tanah pertanian.
Sebagai kesimpulannya,pencemaran udara memberi banyak kesan buruk kepada alam sekitar dan manusia. Oleh itu,kita sebagai manusia perlu menghargai alam sekitar supaya tidak berlaku pencemaran yang boleh merosakkan sistem kehidupan kita seharian dan untuk menjamin keselesaan kita mahupun penduduk bumi.
ABDUL IZZI (205271)

RUMAH HIJAU
Rumah hijau ialah satu bangunan yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal.Apabila tumbuh-tumbuhan dan tanah yang terdapat di dalam bangunan ini menjadi panas maka tenaga yang masuk terperangkap di dalamnya menyebabkan ia tidak dapat keluar bebas daripada rumah hijau ini.Bangunan ini juga boleh dibina dalam pelbagai bentuk dan peranan.Antaranya ialah dalam industri asa tani dimana ia dibina dengan saiz yang lebih besar dan dilengkapi dengan peralatan moden.
Kesan rumah hijau pula boleh disebabkan oleh dua factor sama ada berpunca daripada secara semula jadi atau buatan manusia.Apabila letusan gunung berapi berlaku,maka gas-gas sulfur dan karbon akan terbebas ke udara.Selain itu kesan rumah hijau juga berlaku akibat pembakaran hutan yang disebabkan oleh petir.Faktor buatan manusia pula berpunca daripada pembebasan bahan pencemar ke udara.Ini termasuklah asap daripada kenderaan kereta dan juga kilang-kilang selain daripada pembakaran terbuka.Pembebasan CFC juga menyumbang kepada kesan rumah hijau yang membawa kepada pemanasan global yang juga berpunca daripada penggunaan penyembur aerosol.
Kesan rumah hijau ini akan menyebabkan pelbagai kejadian kemusnahan alam yang boleh meragut nyawa ataupun harta benda seperti tanah runtuh,banjir kilat dan ribut taufan.Selain itu keadaan fenomena-fenomena alam yang lain seperti pemanasan global dan penipisan lapisan ozon juga berpunca daripada kesan rumah hijau.Apa yang lebih membimbangkan disini ialah akan berlaku pencairan kedua-dua kutub bumi yang akan menyebabkan paras air laut akan meningkat seterusnya memberi petanda yang tidak baik kepada penduduk bumi dimana segala bencana boleh berlaku.
Bagi mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah dengan melalui penjimatan tenaga.Hal ini boleh dilakukan dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Misalnya penggunaan pengangkutan awam yang lebih kerap dapat mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau.Antara kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar selain daripada pokok-pokok.Ini kerana bahan bakar seperti pokok-pokok banyak digunakan di dalam industri perindustrian.Apabila penebangan pokok dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan perindustrian maka karbon dioksida tidak lagi dapat diserap sekaligus pembebasan oksigen tidak dapat berlaku.Tambahan pula pokok-pokok ini melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
Terdapat beberapa jenis karbon dan gas-gas yang boleh terlibat dalam proses kesan rumah hijau ini yang dipanggil gas rumah hijau (Greenhouse Gases(GHGs).Antaranya ialah karbon dioksida (CO2).Karbon ini dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil,sisa pepejal,dan pokok-pokok.Metana (CH4) pula dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang,gas asli dan minyak mentah.Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian.Selain itu Nitrus Oksida (NO2)dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal.Gas yang terakhir ialah Gas Fluorin.Gas Fluorin kadang-kadang digunakan sebagai pengganti bahan penipisan ozon seperti CFCs,HCFCs dan Halon.
Konklukasinya,kesan rumah hijau boleh berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu secara semula jadi ataupun secara sengaja oleh manusia.Hal ini akan menyebabkan pelbagai kesan yang buruk seperti penipisan ozon yang mengakibatkan pemanasan global yang mendadak dan sebagainya yang boleh memudaratkan kehidupan bumi.
FEDDARLY DANIEL (205614)..,,

Tuesday, August 24, 2010
PENCEMARAN AIR
Air merupakan asas keperluan asas manusia dalam kehidupan harian. Ia juga merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Namun, air di sekeliling semakin hari semakin tercemar. Pencemaran air berlaku di mana-mana tempat sahaja. Pencemaran air telah membawa banyak kesan negatif kepada manusia.
Punca utama pencemaran air berlaku adalah pembuangan bahan-bahan kumah ke dalam sungai. Pihak individu yang tidak berhemah suka membuangkan sampah, minyak, dan najlis ke dalam sungai. Selain daripada pihak individu, sisa buangan kilang seperti sisa toksid juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlakuan ini sering dijalankan oleh kilang-kilang kerana ini dianggap kaedah pelupusan yang tidak memerlukan kos. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Selain itu, penerokan juga merupakan salah satu punca pencemaran air. Aktiviti penerokan menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan mengalir ke dalam sungai dan air akan menjadi lebih keruh. Ini akan menyebabkan paras air sungai semakin cetek dan seterusnya mengakibatkan banjir berlaku.
Pencemaran air telah membawa kesan negative kepada manusia. Antaranya adalah hidupan akuatik akan pupus. Air yang tercemar akan menyebabkan kehidupan akuatik seperti ikan dan undang mati. Bukan sahaja hidupan air akan pupus malahan pelbagai jenis burung atau unggus yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam. Ini akan menjejaskan rantaian makanan di dunia kita.
Di samping itu, pencemaran air juga akan menjejaskan kesihatan manusia. Pengambilan air yang mempunyai bahan kimia akan membahayakan kesihatan manusia. Sesetengah bahan pencemaran akan menyebabkan barah. Selepas contoh, sodium boleh memberi kesan kepada masalah jantung.

Untuk menggelakkan pencemaran tidak menjadi lebih teruk pelbagai langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran dapat dikurangkan. Antara yang telah diambil oleh kerajaan adalah penganjuran kempen kesedaran melalui media. Pelbagai kempen kesedaran telah dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya memberi perhatian dalam masalah ini. Melalui kempen ini dapat menyebarkan maklumat tentang kepentingan sumber air kepada masyarakat supaya mereka dapat mengubahkan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikir kesannya.
Sebagai kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang perlu ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak harus berkerjsama untuk menangani masalah ini. Air merupakan sumber makanan yang penting kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.
CHAN MEEI YI ( 205378)
TSUNAMI
Istilah tsunami menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Perkataan tsunami datang daripada perkataan Jepun yang pada mulanya diguna pakai oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasn pengkalan kapal. Tsunami adalah ombak-ombak yang mempunyai ciri pergerakan pantas,ombak yang tinggi dan jarak ombak panjang.
Dalam lautan,tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh keluasan lautan yang lain. Walaubagaimanapun,tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kuang menuju ke darat. Tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam dengan tenaganya yang agak konsisten dan agar sukar kelihatan di laut.Oleh itu tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.
Dengan kejadian tsunami yang terbaru di Selatan Asia, pusat permulaan tsunami hanya terdapat di pantai Indonesia tetapi tsunami yang menuju ke Timur Afrika mempunyai kekuatan yang sama iaitu selepas 14 jam Asia Tenggara dilanda. Jarak ombak tsunami boleh mencapai lebih 100 kilometer. Keadaan ini menjelaskan tsunami yang awal memukul pantai, ombak yang kedua mungkin tidak berlaku sehingga sejam kemudiannya. Dengan kejadian terbaru tsunami di Selatan Asia, ramai individu terbunuh dalam ombak yang pertama. Walaubagaimanapun, lebih ramai yang terkorban apabila ombak tsunami kedua melanda tempat yang sama di mana ramai orang berkejar balik ke pantai untuk menolong mereka yang masih hidup selepas satu jam.
Tsunami boleh menghakis pasir dari pantai-pantai, menghapuskan pokok-pokok, dan bahkan memusnahkan sama sekali seluruh pekan-pekan seperti yang terjadi pada bencana tsunami di Selatan Asia. Satu istilah yang biasa digunakan untuk menerangkan tsunami ialah tidal wave. Yang membawa maksud kekencangan tsunami yang boleh dilihat hampir sama dengan ombak yang cepat.
Menurut Oceanographers istilah penggunaan tidal wave adalah tidak tepat kerana tsunami tidak ada kaitan dengan air pasang atau surut. Menurutnya turun dan naik keadaan air laut disebabkan oleh tarikan graviti matahari dan bulan. Tsunami merupakan satu fenomena yang jarang yang disebabkan oleh peralihan jumlah isipadu air dan dengan sendirinya dalam bentuk siri ombak raksasa.
CHEW LEE TENG 205456
Saturday, August 21, 2010
PENCEMARAN TANAH
Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran? Menurut Akta Kualiti Alam sekitar 1974, pencemaran adalah sebarang bentuk pencemaran yang berlaku sama ada secara langung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, dan biologi dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan sehingga memberi kesan negatif terhadap manusia, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran tanah bermaksud sesuatu bahan yang telah mengakibatkan sesuatu tanah atau kawasan mengalami perubahan warna, kesuburan dan mengalami hakisan. Pencemaran tanah berlaku disebabkan bahan buangan sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Jika sesuatu kawasan atau tanah telah kehilangan kesuburan, tanah tersebut akan bertukar warna menjadi kehitaman manakala, tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan pula menjadi layu.
Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran tanah disesuatu tempat atau kawasan. Salah satu punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan daripada industri seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa dari kilang. Bahan-bahan buangan ini menyebabkan tanah hilang kesuburan. Sikap pemilik kilang yang umpama “penyagak alam sekitar” telah menyebabkan berlakunya pencemaran tanah. Sampah sarap yang dibuang dimerata-rata tempat seperti surat khabar, bahan plastic dan bahan kaca turut menyumbang ke arah pencemaran ini. Pembuangan sampah seperti bahan plastik mengeluarkan bahan kimia yang akan sebati di dalam tanah. Bahan seperti plastik dan kaca merupakan bahan yang mengambil masa berjuta tahun untuk lupus. Pengguna racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan punca pencemaran tanah. Hal ini demikian kerana, semburan racun serangga akan menyerap ke dalam tanah dan akan menyebabkan pencemaran tanah. Aktiviti pembangunan yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan pokok memburukkan lagi pencemaran tanah sehingga menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Kesan buruk yang akan berlaku disebabkan pencemaran tanah ialah tanah tidak sesuai lagi untuk menjalankan aktiviti pertanian kerana bahan kimia dari bahan buangan akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Selain itu, senjata nuklear yang diuji oleh negara-negara barat turut mengancam kualiti tanah dunia. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan tanah tidak subur malah, tanah turut menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan. Di samping itu, pembuangan sampah dimerata-rata tempat turut mengundang kedatangan serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti tikus atau lalat. Secara tidak langsung, serangga dan haiwan pembawa penyakit boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti penyakit taun. Pencemaran tanah turut memberi impak ke atas aktiviti harian manusia. Jika terdapat banyak tempat yang telah dicemari, manusia mungkin tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan alam ini lagi.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran ini perlu dilakukan bagi memelihara alam sekitar. Beberapa langkah untuk mengatasi pencemaran tanah ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu sentiasa membuat pemantauan agar kegiatan mencemar tanah dapat dikawal. Selain itu, masalah pencemaran tanah dapat diatasi dengan menggunakan teknologi moden. Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti bahan plastik dan bahan kaca dapat dikitar semula untuk dijadikan sesuatu barang yang berfaedah. Bahan buangan pertanian pula boleh diubah atau dikitar kepada bahan yang berguna. Sebagai contoh, hampas kelapa sawit boleh diproses untuk dijadikan metana. Selain itu, pendidikan alam sekitar merupakan cara terbaik utuk memupuk kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.
Kesimpulannya, masalah pencemaran tanah berpunca dari perbuatan manusia. Oleh itu, masalah ini memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengatasinya agar dapat memelihara alam sekitar.
NUR DIYANA HASINAH BINTI SAHROM (205260)
PEMANASAN BUMI
bumi tanggungjawab kita!! |
Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.
Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.
Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.
kasihanikah kita pada makhluk selain daripada kita? |
Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.
Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.
dapatkah kita membendung gejala ini? |
Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.
Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil langkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai “nasi telah menjadi bubur” barulah kita mahu berubah. Jangan sampai “sudah terhantuk baru nak mengadah”, tidak ada gunanya. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.
JADI APA USAHA KITA ?renung-renungkan..........dan selamat beramal.. (n_n)"
UMAR FARID ...(207299)
Wednesday, August 18, 2010
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi merupakan salah satu daripada pencemaran alam.Pencemaran bunyi tidak memberi kesan kepada penghuni alam dan ekosistem di dunia tetapi akan memberi kesan kepada kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.Bunyi bising yang melampau boleh menyebabkan manusia mengalami masalah kesihatan seperti pekak atau kurang pendengaran.Pencemaran bunyi yang melebihi 80 desible(dB) boleh mengakibatkan seseorang menjadi pekak.Sebagai contoh bunyi kuari yang sedang memecahkan batu,aktiviti ini akan mengganggu ketenteraman penduduk di sekitar kawasan kuari.Walaubagaimanapun,pencemaran bunyi kurang mendapat perhatian dari masyarakat.Ini kerana sifat pencemaran bunyi yang tidak dapat dilihat dan kesannya kurang berbahaya berbanding pencemaran lain.Pencemaran bunyi juga biasanya akan lenyap dalam jangka masa yang singkat.Akan tetapi,pencemaran bunyi ini boleh mendatangkan kesan kepada individu yang selalu terdedah dengan bunyi bising yang melampau.Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ini.
Punca pencemaran bunyi.
Punca utama berlakunya masalah pencemaran bunyi disebabkan oleh pengangkutan,perindustrian dan pembinaan serta kebisingan dari manusia.Kebisingan yang terhasil daripada pengangkutan biasanya berlaku di kawasan bandaraya,kawasan lapangan terbang dan kawasan landasan keretapi.Kesibukan kawasan bandaraya menyebabkan kerendaan tidak putus-putus berada di jalan raya dan akhirnaya menyebabkan kesesakan lalulintas dan terhasillah bunyi bising dari hon kerendaan yang tersekat didalam kesesakan lalu lintas.Kebisingan kapal terbang biasanya berlaku dalam komuniti yang tinggal di kawasan yang berhampiran dengan kawasan lapangan terbang.Manakala masalah kebisingan keretapi biasanya berlaku di dalamkomuniti yang tinggal di luar bandar yang berhampiran dengan landasan keretapi.Kebisingan yang terhasil akibat dari aktiviti manusia juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi.Kebisingan ini juga berpunca dari radio,muzik karaoke,pembesar suara dan sebagainya.Binatang peliharaan juga boleh menjadi punca berlakunya bunyi bising.Ini biasanya berlaku di kawasan perumahan berkepadatan tinggi.Antara punca lain yang terhasil dari aktiviti manusia ialah siren kecemasan,penggera kereta dan banyak lagi.Selain aktiviti manusia dan pengangkutan,operasi industri juga boleh menjadi penyebab berlakunya bunyi bising.Kebisingan dari mesin dan peralatan dari industri juga boleh terhasilnya bunyi bising yang mengganggu penduduk disekelilingnya.Operasi pembinaan biasanya bersifat sementara tetapi memakan masa berbulan-bulan.Contohnya penanaman cerucuk yang mengeluarkan bunyi yang bising
Kesan pencemaran bunyi.
Kebisingan dikenalpasti boleh member kesan negative kepada kesihatan manusia.Individu yang terdedah dengan bunyi bising setiap hari akan cenderung mengalami masalah pendengaran seperti pekak.Bunyi bising yang tidak diingini juga boleh mengubah tingkah laku seseorang individu.Individu yang terdedah dengan bunyi bising akan rasa rimas dan akan mengalami tekanan perasaan.Kebisingan juga boleh mengganggu proses komunikasi seseorang.Mesej tidak dapat disampaikan dengan jelas dan kemungkinan akan berlaku salah faham maksud sesuatu mesej yang disampaikan.Sebagai contoh,seseorang sedang bebual dikawasan tapak pembinaan yang sedang beroperasi,kemungkinan mesej yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas.Kebisingan juga memberi ganguan kepada habiliti manusia termasuklah mengalami gangguan perasaan,gangguan tidur dan gangguan terhadap pekerjaan.Setiap individu mempunyi sifat dan tahap penerimaan yang berbeza terhadap bunyi bising yang berlaku disekeliling mereka.Kebisingan juga memberi impak kepada tahap kecekapan individu untuk melakukan kerja mereka.Kerja yang memerlukan daya kretiviti,kepantasan dan percakapan mudah terganggu dengan bunyi bising.Individu memerlukan kosentrasi yang tinggi untuk menyelesaikan kerja mereka tetapi dengan adanya gangguan bunyi bising akan mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan dalam kerja mereka.
Langkah-langkah mengatasi pencemaran bunyi.
Langkah untuk mengawal pencemaran bunyi ini kurang dan sukar kerana bunyi memberi makna dan perkaitan dalam kehidupan.Bunyi yang keterlaluan akan mengganggu komuniti yang tinggal berhampiran.Oleh itu,kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak kawasan perindustrian yang jauh dari kawasan perumahan bagi mengelakkan gangguan bunyi bising kepada penduduk.Dalam erti kata lain,zon pencemaran bunyi hanya berlaku dikawasan itu sahaja.Pengusaha kilang juga diwajibkan memasang alat penghadang bunyi supaya pekerja tidak terdedah dengan bunyi bising yang melampau semasa bekerja.Masyarakat juga perlu bersama-sama membantu mengurangkan pencemaran bunyi dengan memperlahankan suara radio,muzik karaoke dan bunyi kereta yang sudah diubahsuai.Masyarakat juga boleh mengawal pencemaran bunyi dengan mengamalkan pengkongsian kereta untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang mengakibatkan berlakunya pencemaran bunyi yang terhasil dari hon kerendaan.Tabiat ini secara tidak langsung mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas.Masyarakat perlu menyokong dan mempraktikkan tabiat ini.Penggunaan alatan dan jentera yang canggih juga membantu mengurangkan pencemaran bunyi berbanding jentera dan alatan lama.Penggunaan jentera yang lebih canggih membantu mempercepatkan proses pembinaan sesuatu projek.Penanaman cerucuk dan pengerudian dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.Projek perumahan biasanya memakan masa yang lama,diharapkan penggunaan jentera yang lebih canggih dapat mengurangkan pencemaran bunyi walaupun memakan belanja yang tinggi.
Degan ini,dapat kita lihat penyebab serta kesan yang akan berlaku sekiranya pencemaran bunyi tidak diatasi dengan segera.Walaupun pencemaran bunyi tidak mengakibatkan kematian tetapi menberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.Oleh itu,semua masyarakat perlu berkerjasama untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi ini untuk memastikan malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan harmoni tanpa gangguan bunyi bising yang menganggu ketentraman awam.
SITI NUR HAZIRAH BINYI HOLIL(205255)
Monday, August 16, 2010
TANAH RUNTUH
Tanah runtuh merupakan satu fenomena geologi berkaitan pergerakan dan gelongsoran tanah disebabkan olehkelemahan dan kelonggaran struktur-struktur tanah disebabkan oleh graviti. Daripada tinjauan yang dibuat,kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan yang dieksploitasi untuk aktiviti pembangunan seperti pembinaan bangunan,pembukaan kawasan pertanian baru,jalan raya,dan aktiviti pembalakan.Kejadian tanah runtuh kerap kali berlaku semasa dan selepas hujan lebat di kawasan cerun atau lereng bukit yang curam.Kejadian tanah runtuh sering berlaku di Malaysia. Kawasan yang berisiko di kawasan tanah runtuh menjadi kawasan yang berisiko meragut nyawa penduduk tempatan.
Faktor Kejadian Tanah Runtuh
Antara faktor yang menjadi penyumbang utama kepada tanah runtuh ialah aktiviti manusia melalui penyahutanan.Penebangan hutan secara besar-besaran untuk pembangunan menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan musnah. Pembalakan menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan fungsi sebagai pengukuh struktur tanah.Akar tumbuh-tumbuhan berfungsi sebagai pencengkam yang menggenggam tanah untuk mengukuhkan struktur tanah.Penebangan hutan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh.
Selain itu,terdapat juga faktor semulajadi yang menjadi punca kepada tanah runtuh. Komposisi dan kandungan mineral sesuatu tanah turut mempengaruhi struktur tanah.Sekiranya tanah itu terdiri daripada mineral batu kapur,tanah itu akan mudah bertindakbalas dengan air.Tindakbalas ini menyebabkan tanah menjadi rapuh,mempunyai struktur tanah yang longgar,dan menjurus kepada kejadian tanah runtuh.
Faktor hujan secara semulajadi turut mempengaruhi punca berlaku kejadian tanah runtuh.terdapat dua jenis hujan iaitu hujan yang lebat dalam jangkamasa yang pendek dan hujan renyai dalam jangka masa yang panjang.ketika hujan turun dengan lebat dalam jangkamasa yang singkat,kadar serapan air hujan ke dalam tanah adalah minimum.Tanah yang terdedah kepada air hujan akan menjadi tepu dengan air yang mengalir khusus di lereng cerun bukit.Hal ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia seperti kerosakan harta benda,tempat tinggal,dan juga nyawa.Oleh itu, langkah yang sesuai haruslah dilaksanakan bagi mengelakkan kesan buruk ini berlaku.
Langkah Penyelesaian
Bagi pelaksanaan pembangunan khususnya di kawasan tanah tinggi, pemaju memerlukan penilaian daripada Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA). Melalui penilaian ini,pemaju haruslah menjalankan projek pembangunan berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh EIA seperti kadar had pemotongan cerun dan sebagainya.Pemantaun oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab juga harus dilaksanakan sama ada agensi awam atau swasta.
Bagi memastikan pihak pemaju mematuhi sistem penilaian ini,denda dan tindakan seperti saman dan penarikan lesen beroperasi seharusnya dilaksanakan sekiranya terdapat pihak pemaju yang tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh EIA.
Bagi cerun yang berisiko menjadi tempat berlakunya tanah runtuh,pelaksanaan langkah strategik harus dilakukan.Antaranya ialah penyimenan cerun bukit,penggunaan sungkupan plastik,tutupan jaring besi,dan penggunaan sangkar yang berisi batu bagi pengukuhan cerun.
Di peringkat pendidikan pula,kesedaran dalam kepentingan penjagaan alam sekitar dapat dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah atau pengajian tinggi.Para pelajar harus didedahkan dalam silibus pelajaran melalui subjek seperti kajian tempatan,dan geografi fizikal yang memberikan didikan tentang alam.
Sebagai tambahan,pihak kerajaan seharusnya mengaplikasikan teknologi dalam menangani tanah runtuh.Kerajaan hendaklah mencari cara baru pemantauan kejadian tanah runtuh berdasarkan teknologi deriaan jarak jauh dan pengimejan satelit yang dapat memberi petunjuk awal kepada kejadian tersebut.
Dengan adanya agensi dan undang-undang atau akta yang mengawal pembangunan tanah di kawasan tanah tinggi, kejadian tanah runtuh dapat dikurangkan.Selain itu,ilmu juga amat penting bagi memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk tempatan tentang kepentingan menjaga alam sekitar di sebalik menjalankan pembangunan.
206700...zarif

Saturday, August 14, 2010
PENIPISAN LAPISAN OZON
Lapisan ozon didefinisikan sebagai lapisan berada di atmosfer pada ketinggian 19 - 48 km di atas permukaan bumi yang mengandungi molekul-molekul ozon. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.Konsentrasi ozon di lapisan ini mencapai 10 ppm dan terbentuk akibat pengaruh sinar ultraviolet matahari terhadap molekul-molekul oksigen. Peristiwa ini telah terjadi sejak berjuta-juta tahun yang lalu, tetapi campuran molekul-molekul nitrogen yang muncul di atmosfer menjaga konsentrasi ozon relatif stabil.Selain itu,lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.
Lapisan ozon akan menjadi semakin nipis sekiranya tindakan awal tidak diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Penipisan lapisan ozon boleh disebabkan oleh beberapa faktor.Salah satu faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah aktiviti yang dilakukan oleh manusia.Aktiviti manusia seperti pembakaran sampah-sarap yang menghasilkan gas nitrogen dioksida,penggunaan peti sejuk,penggunaan pendingin udara dan lain-lain akan melepaskan gas klorofluorokarbon(CFC) secara tidak terkawal ke atas permukaan bumi. Apabila gas CFC dilepas ke atmosfer, zat yang mengandungi klorin ini akan dipecah oleh sinar matahari yang menyebabkan klorin dapat bereaksi dan menghancurkan molekul-molekul ozon. Setiap satu molekul CFC mampu menghancurkan hingga 100,000 molekul ozon.Selain itu,aktiviti pembalakan yang beterusan juga menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara sehinggalah menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri.Oleh itu,bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa.Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.
Penipisan lapisan ozon akan menimbulkan banyak masalah terhadap golongan masyarakat dan juga bumi.Antara salah satu masalah ialah bertambahnya sinaran ultra ungu ke permukaan bumi.Pertambahan sinaran ultra ungu akan meningkatkan suhu bumi serta membawa penyakit seperti kanser kulit kepada masyarakat iaitu kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan.Selain itu,penipisan lapisan ozon juga membawa kesan terhadap hidupan akuatik. Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultra ungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.Dengan itu,species ikan akan semakin terpupus dari masa ke masa sekiranya masalah ini tidak dapat dibendungkan.
Masalah ini agak serius terhadap bumi dan masyarakat.Oleh itu,pihak-pihak haruslah mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini supayanya tidak menjadi semakin serius.Langkah yang pertama ialah mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita haruslah menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Kita boleh menumpang kenderaan kawan atau jiran sekiranya ingin pergi ke destinasi yang sama seperti sekolah,tempat kerja dan lain-lain lagi.Dengan itu,bilangan kenderaan akan dapat dikurangkan dan seterusnya gas karbon dioksida juga dapat dikurangkan dengan semata-matanya.
Bukan itu saja,pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah di sekolah untuk menerangkan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap kita.Melalui ceramah,pelajar-pelajar akan dapat memahami apakah aktiviti yang mereka lakukan dapat mendorong kepada penipisan lapisan ozon dan selepas itu pelajar akan sedar supaya tidak lagi membuat demikian pada masa yang akan datang.Dengan itu pelajar-pelajar juga akan menghalang ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang boleh menipiskan lapisan ozon seperti aktiviti pembakaran.
Kesimpulannya,penipisan lapisan ozon akan mendatangkan banyak keburukan kepada semua masyarakat dan bumi.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini seperti kata pepatah“sediakan payung sebelum hujan”kerana “bumi mana yang tidak ditimpa hujan”.Kita mestilah menangani masalah ini terlebih dahulu sebelumnya menjadi lebih serius sehingganya tidak dapat dipulih semula.
KONG WEI TECK(205373)
Subscribe to:
Posts (Atom)